11 Agustus 2009

piagam ASEAN

Piagam ASEAN ialah perlembagaan yang diterima oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Cadangan menggubal perlembagaan ini secara rasminya dikemukakan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 pada Disember 2005 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepuluh pemimpin negara ASEAN, iaitu setiap seorang dari sebuah negara anggota, membentuk ASEAN Eminent Persons Group lalu ditugaskan mengemukakan cadangan untuk penggubalann piagam ini. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu, Filipina, diumumkanlah sebilangan usul asas. Oleh itu, para pemimpin ASEAN telah bersepakat agar mendirikan "pasukan petugas peringkat tinggi untuk penggubalan Piagam ASEAN" yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dari sepuluh negara anggota. Pasukan tersebut kemudiannya mengadakan 13 mesyuarat sepanjang tahun 2007. Antara usul-usul yang dikemukakan termasuk pemansuhan dasar tidak campur tangan yang menjadi penting kepada pertubuhan serantau ini semenjak dibentuk pada tahun 1960-an, dan mendirikan sebuah badan hak asasi manusia.

Piagam ini diterima guna di Sidang Kemuncak ke-13 pada bulan November 2007.


Rukun-rukun yang digariskan dalam piagam ini termasuk:
  • Penekanan terhadap kepentingan ASEAN dalam kerjasama serantau.
  • Hormat kepada prinsip-prinsip keutuhan wilayah, kedaulatan, sikap berkecuali dan identiti kebangsaan negara anggota ASEAN.
  • Pemupukan keamanan dan identiti serantau, penolakan pencerobohan serta penyelesaian pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan.
  • Dukungan undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi manusia, keadilan sosial dan perdagangan berbilang hala.
  • Penggalakkan penyepaduan perdagangan serantau.
  • Pelantikan Setiausaha Agung dan Wakil-wakil Tetap ASEAN.
  • Penubuhan badan hak asasi manusia dan mekanisme penyelesaian pertikaian, untuk diputuskan di Sidang Kemuncak ASEAN.
  • Pengeratan hubungan luar dan pemerolehan kedudukan dalam PBB (seperti Kesatuan Eropah)
  • Penambahan bilangan sidang kemuncak ASEAN ke dua kali setahun serta keupayaan mengadakan sidang kecemasan.
  • Menegaskan penggunaan bendera, lagu, jata dan bendera ASEAN pada Hari ASEAN pada 8 Ogos.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar