12 Agustus 2009

Geografis Negara Malaysia

GEOGRAFI

Malaysia meliputi keluasan 330,252 kilometer persegi terdiri dari SemenanjungTanah Melayu serta kawasan pantai barat daya Pulau Borneo (Sabah dan Sarawak).

Kedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,805 kilometer persegi bersempadan dengan Negara Thai di utara dan Singapura di selatan. Sabah meliputi keluasan 73,997 kilometer persegi dan Sarawak seluas 124,450 kilometer persegi.

Negeri dan Wilayah

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembi Ian, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Negeri Pahang mempunyai keluasan 35,965 kilometer persegi adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Negeri Sabah terdiri dari lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, terletak di pantai barat Sabah mempunyai keluasan 91 kilometer persegi. Sarawak terdiri dari sebelas bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.


Iklim

Malaysia terletak berhampiran dengan Khatulistiwa antara garisan lintang 10° dan 70° Utara dan garisan bujur 100° dan 119°limur. Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monsun barat daya dan musim monsun timur laut. Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21 ° C hingga 32° C. Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Kelembapannya adalah tinggi, iaitu 80% dan purata hujan lebih kurang 200cm setahun.

Flora

Hutan Hujan Tropika di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Tropika. Dengan terdapatnya pelbagai spesis binatang dan tumbuh-tumbuhan ianya menjadi daya penarik kepada para penyelidik sains.

Adalah dianggarkan terdapat lebih 15,000 spesis bunga-bungaan (9 peratus daripada jumlah di dunia) dan 185,000 spesis binatang (16 peratus daripada jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Di Malaysia terdapat lebih kurang 2,000 jenis pokok yang mengeluarkan bunga, termasuk 200 jenis pelbagai palma dan 3,000 jenis orkid.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar